Home About Me Contact Novel SDC

Sujud Dalam cintaku.




Saat terpandang wajah jejaka itu, hatinya tenang. Tanpa gelisah di wajahnya. Namun, saat cinta tak berbalas dan saat nafsu  menguasai dirinya. Dia mengundur diri dari Luqman sejauh jauhnya. Hati yang rapuh di pegang dengan tangisan. Mana mungkin diri nya yang dulu nya seorang yang suka berpakaian seksi, suka berfoya foya itu layak mendekati Luqman yang juga seorang bekas murid yang pintar juga diminati ramai. 

Namun, takdir tuhan itu lebih dari segalanya. Mereka bertemu tanpa dipinta. Mereka bersama tanpa di sedari. Namun, saat kebahagiaan baru dikecapi Ain, Luqman memutuskan tali perkahwinan mereka hanya kerana membawa Farah Nadiah ke jalan yang benar.

Ain mengangguk. Air mata yang ditahan itu mengalir jua. Tangan digenggam erat dan dia membawa dirinya jauh dari Malaysia. Membawa dirinya hanya untuk ketabahan diri.

" Cinta apa lagi yang Ain perlukan selain cinta Allah swt? Ain bahagia hidup dalam cintanya kerana itu adalah cinta yang hakiki buat Ain " - Ain

Mereka dipertemukan kembali. Cinta Ain terbalas hanya dari hati. Bukan kerana bibirnya yang mengutarakan cinta. Dan saat tangan mereka bersatu, dan saat hati mereka bersatu, dan saat dia bahagia dalam hidup Luqman.

Farah Nadiah datang kembali. Membawa sebuah duka. Membawa sebuah janji lamanya.

" Saya tak layak jadi isteri dia Ain, tak layak. Tapi tolong bagi saya kesempatan untuk saya cintakan dia sebelum saya pergi selama-lamanya. " - Farah Nadiah

" Awak terlalu layak menjadi isteri dia " - Ain

Ain memandang dari jauh. Kebahagiaan Luqman & Farah Nadiah itu sudah lebih dari cukup. Namun, dia terpaksa berpaling muka. Mengorbankan dirinya itu lebih tepat dari dia membiarkan Farah Nadiah pergi meninggalkan cintanya.

No comments:

Post a Comment